Pengenalan

Program Teknologi Pembuatan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Pembuatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
 
1. Teknik dan kaedah dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan dan merekabentuk produk pembuatan dengan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
2. Menghasilkan produkmekanikal menggunakan mesin-mesin pembuatan konvensional.
3. Menghasilkan produk mekanikal menggunakan mesin-mesin Kawalan Berangka Berkomputer (CNC).
4. Membaca, membina dan troubleshoot litar skematik melibatkan kawalan sistem pneumatik, hidraulik, elektro-mekanikal dan PLC.
5. Menggunakan kaedah-kaedah kawalan mutu dalam penghasilan produk.

Peluang Pekerjaan

  • Pelukis Pelan Mekanikal (Draught man)
  • Perekabentuk Produk
  • Juruteknik Pembuatan
  • Jurumesin dan jurugegas
  • Juruteknik Automasi
  • Juruteknik Kawalan Kualiti

Syarat Kemasukan

    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara***
    • Mempunyai 1 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM

*** Bermula SPM 2013, Syarat LULUS SPM ialah lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah