Pengenalan

Program ini direkabentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang teknologi semasa dalam bidang Teknologi Elektrik dimana pelajar didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
 
1. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik serta Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal
3. Rekabentuk Pemasangan Elektrik, Asas Elektronik dan Sistem Digital
4. Kemahiran Penyeliaan.
5. Jenis-jenis Motor Elektrik dan Kawalan Motor serta Pemasangan Elektrik Tiga Fasa.

Peluang Kerjaya

  • Pendawai Elektrik (PW2)
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruelektrik
  • Usahawan

Syarat Kemasukan

    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara***
    • Mempunyai 1 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM

*** Bermula SPM 2013, Syarat LULUS SPM ialah lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah