Pengenalan

Program Operasi Perhotelan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang operasi hotel. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
 
1. Perkembangan terkini industri hospitaliti di dalam dan luar negara.
2. Langkah-langkah tatasajian yang merangkumi beberapa servis iaitu american service, russian service dan french service.
3. Kaedah mengendalikan dan menguruskan majlis.
4. Teknik yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman mengikut kategori.
5. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan pengemasan bilik tetamu, operasi dobi, public area dan gubahan bunga.
6. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan penempahan bilik tetamu, tugas reception dan tugas concierge.

Peluang Kerjaya

  • Waiter / waitresses
  • Bartender
  • Food and Beverage Captain
  • Food and Beverage Supervisor
  • Chambermaid
  • Laundry Attendant
  • Laundry Supervisor
  • Linen Attendant
  • Linen Supervisor
  • Public Area Attendant
  • Public Area Supervisor
  • Hotel Florist
  • Butler
  • Telephone Operator
  • Reservation Assistant
  • Reservation Supervisor
  • Bellman
  • Bell Captain
  • Front Office Assistant
  • Front Office Supervisor
  • Night Auditor

Syarat Kemasukan

    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara***
    • Mempunyai 1 Kepujian dalam mana-mana matapelajaran SPM

*** Bermula SPM 2013, Syarat LULUS SPM ialah lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah