Kolej Komuniti Kuantan merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kami menawarkan pengajian di peringkat Sijil Kolej Komuniti bagi lepasan SPM dan pelbagai Program Kursus Pendek kepada komuniti setempat.

Lokasi kampus : Bandar Indera Mahkota (IM3), Kuantan (bersebelahan Kolej Universiti Widad).

Kursus yang ditawarkan : Sijil Kolej Komuniti selama 2 tahun.

1. Sijil Teknologi Senibina
2. Sijil Teknologi Pembuatan
3. Sijil Operasi Perhotelan
4. Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
5. Sijil Kulinari

Syarat kemasukan : Lulus SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah) sahaja.

Peluang melanjutkan pengajian Diploma di Politeknik selepas tamat pengajian.