PROJEK LANDSKAP BERSAMA TABIKA PERPADUAN SUNGAI ISAP PERDANA

PROJEK LANDSKAP BERSAMA TABIKA PERPADUAN

Telah berlangsung dengan jayanya Program Tanggungjawab Korporat Sosial ‘Alam Hijau: Aksi Kita, Lingkungan Sejahtera Program Teknologi Senibina dan Unit Smartgreen Kolej Komuniti Kuantan 2024 yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Tabika Perpaduan Sungai Isap Perdana dan Program STS Kolej Komuniti Kuantan. Program bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kuantan serta menyemai kesedaran berkaitan kepentingan menjaga kelestarian alam serta mendidik mereka untuk saling membantu antara satu sama lain. Pada kali ini kami melaksanakan beberapa tugasan, antaranya: Melukis lukisan mural kelestarian alam dan menghasilkan landskap tumbuhan. Semoga dengan adanya program ini, dapat memupuk semangat sukarelawanan yang tinggi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kuantan dengan masyarakat luar serta menggalakkan perkongsian maklumat, kepakaran, pengalaman, sahsiah diri dan profesionalisme. Seramai 7 orang pelajar termasuk 12 pensyarah dan pegawai terlibat dalam program ini. Antara lain program ini bertujuan bagi merealisasikan hasrat pengurusan Tabika Perpaduan Sungai Isap Perdana ini untuk mewujudkan suasana yang indah dan ceria di sekitar kelas mereka, sekaligus dapat membantu meningkatkan lagi minat anak-anak kecil ini untuk terus belajar.
Terima kasih untuk penglibatan semua.

error: Content is protected !!