PROGRAM 10,000 LANGKAH- KURANG KARBON LEBIH SIHAT

Ayuh jadikan “berjalan 10,000 langkah” sebagai budaya hidup sihat anda. Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal, tetapi memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada anggota badan, berupaya mengurangkan tekanan serta memupuk pembudayaan hidup sihat menerusi kempen anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program adalah anjuran Unit Sukan, Kelab Staf dan Unit Smartgreen Kolej Komuniti Kuantan bagi pencapaian sasaran Bidang Tumpuan keenam yang memberi tumpuan kepada Pengangkutan dengan menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau.

error: Content is protected !!