LAWATAN PENANDA ARAS KE KK JERANTUT

LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN SMARTGREEN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN KE KOLEJ KOMUNITI JERANTUT

Telah telah berlangsung lawatan penanda aras oleh pasukan pengurusan Smart Green Kolej Komuniti Kuantan ke Kolej Komuniti Jerantut. Seramai 6 orang pegawai dan pensyarah dari Kolej Komuniti Kuantan hadir dalam lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat pelaksanaan pengurusan teknologi hijau di Kolej Komuniti Jerantut serta bertukar idea dan pandangan bersama-sama jawatankuasa pelaksana bagi pelaksanaan Teknologi Hijau di Kolej Komuniti Kuantan. Terima kasih Kolej Komuniti Jerantut dan semoga perkongsian ini bermanfaat buat kami dalam melaksanakan agenda Smart Green di Kolej Komuniti Kuantan.

error: Content is protected !!