LAWATAN KERJASAMA KE SWCORP

Pasukan Jawatankuasa Unit Smartgreen dan dan JK Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kolej Komuniti Kuantan telah mengadakan satu Lawatan Berinformasi ke Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang.

Terima kasih kepada wakil SWCorp yang telah menyampaikan taklimat pengenalan dan aktiviti SWCorp kepada delegasi dari Kolej Komuniti Kuantan. Rombongan ini telah diketuai oleh Sr. Nor Idayu binti Nordin, Timbalan Pengarah Pengurusan, Cik Nor Fazlina binti Harun, Ketua Unit Smartgreen dan Puan Marhaini binti Marhamin, Ketua JK EKSA Kolej Komuniti Kuantan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kedua-dua agensi serta perbincangan beberapa aktiviti hijau dalam masa terdekat.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja SWCorp Negeri Pahang di atas kerjasama yang diberikan.

error: Content is protected !!