Info Korporat (SMARTGREEN)
Krisis kesihatan, alam sekitar, ketidakstabilan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup memberikan kesan serius kepada masyarakat. Krisis ini memerlukan adaptasi pengurusan dan perancangan organisasi yang lebih sistematik serta cekap di samping mencipta kejayaan baharu dengan menggantikan strategi lama kepada strategi yang lebih relevan dan mampan. Halatuju baharu Smartgreen PolyCC diharapkan dapat memberi manafaat kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan kolej komuniti serta seluruh warganya . Melalui jaringan strategik tersedia di samping menerokai peluang-peluang baharu bagi memastikan halatuju mampan dapat direalisasikan, Smartgreen PolyCC menekankan keperluan terhadap kualiti hidup dan budaya kerja serta alam sejagat sebagai asas utama demi kemampanan dan keharmonian semua.
Web Smartgreen PolyCC menjadi sumber maklumat atas talian kepada semua warga PolyCC dalam menjalankan aktiviti berkaitan kemampanan. Laman web ini juga bertujuan utntuk mempromosikan SmartGreen PolyCC yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan kemampanan seterusnya dapat memperkasakan budaya hijau.
Blueprint Smart Green PolyCC 2021-2026 (BSGPC) adalah merupakan dokumen rangka tindakan yang mengandungi garis panduan pelaksanaan amalan hijau yang terancang, selaras dengan keperluan pengurusan dan operasi untuk tempoh masa yang ditetapkan. BSGPC disediakan dengan hasrat untuk menjadikan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi mampan, unggul dan cemerlang di Malaysia.
- Mengenali Kami
- Polisi
- Aktiviti / Program
- 2024
- Program Lestari Alam
- Lawatan Kerjasama Ke SWCorp
- Lawatan Penanda Aras Ke KK Jerantut
- Program 10k Langkah
- Program Briskwalk Kotasas
- Program Earth Hour 2 Jam Bergelap
- Program Mendaki Bukit Pelindung
- Program Menyelamat Pantai Bersama Komuniti
- Program Perkongsian Ilmu – Restore Natural Eco System
- Program Tenaga Boleh Diperbaharui
- Program Landskap Bersama Tabika Perpaduan Sungai Isap Perdana
- Program Pengumpulan Sisa Minyak Masak
- Taklimat Dan Pengenalan Kepada Jawatankuasa Smartgreen
- 2024
- Kempen